Sunday 1 February 2009

aku marah..aku lemah..

tidak tahu dimana harus aku mulakan coretan kali ini..segalanya bagai masih tercalar merah menyala...entah mengapa..susah untuk aku menghilangkan rasa marah yang bergelojak dalam hati ini...malah sukar amat untuk aku mengawal perasaan amarah ini..jauh disudut hati ini bencikan diri sendiri...tapi aku tidak mampu lari..kerna setiap kali aku melangkah dan cuba berlari, kembali aku menemui..bagaimana harus aku lunaskan semuanya?? bagaimana harus aku berperang dengan suasana ???..yang akhirnya hanya memakan hati dan diri..
telah kucuba kuatkan hati, tapi hasutan syaitan itu juga seakan semakin ghairah menghampiri...
aku bagaikan lemah sekali...cuba berdiri mencari kekuatan dan membina diri..namun aku akui kadangkala aku jatuh malah menyembah bumi..namun alhamdulillah segalanya aku kembalikan kepadaNya..sesungguhnya dia lebih mengetahui..

itulah kelemahan diri ini yang amat sukar ditepis, susah dan payah ditangkis...
bertanya pada diri..apelah ada pada marah??..kepuasan?? keseronokan ??
tidak satu pun !!!!!!
namun mengapa diri masih mengulangi disaat suatu ketika pernah berjanji untuk tidak lagi ??..lemahnya aku ...diuji sekecil ini sudah mahu rebah dan mengalah...

ALLAH kuatkanlah aku...aku tidak mahu lagi menjadi hamba yang lemah..
kerna setiap kali marah..setiap kali itulah air mata begitu begitu mudah berjujuran membasahi pipi...dan setiap kali itulah aku menjadi lemah ....namun apelah ertinya satu penyesalan andai tidak pernah diambil pengajaran ??


lemah dalam amarah ,
aku..

No comments:

Post a Comment