Sunday 8 February 2009

jalan ini jalan kita ..

Bismillahhirrahmanirrahim...


apalah ertinya perjuangan kalau tiada mehnah dan ujian ??
apelah ertinya kehidupan andai tiada titik permulaan ??
apalah ertinya sebuah tangisan dan kesedihan ??
hanya kerana ia sebuah JALAN...

tapi mengapakah aku tidak...
bangkit dan pertahankan ??
berdiri dan tegakkan ??
bina dan teguhkan ??
susun dan kemaskan ??

sejak dulu aku ketahui,
dan sehingga hari ini aku masih sedari,
jalan ini pasti susah dan sukar disusuri,
pasti aku akan sering diuji,
aku akui aku bukanlah orang yang kuat untuk ini,
dan kadangkala aku jua ingin mengundur diri,
menjadi seperti dulu...sebelum Kau aku kenali..

jalan ini tidak pernah membutuhkan aku,
jalan ini akan tetap teguh tanpa aku,
jalan ini akan tetap kukuh ,
jalan ini akan tetap begitu...
walau dimana dan siapapun aku..

hari ini aku di medan,
aku jua rasai erti pahit peperangan,
pedih aku kerana ditewaskan,
sakit aku kerana dikalahkan,
aku inginkan kekuatan..
supaya aku beroleh kemenangan..

namun aku pelajari,
bukanlah kemenangan yang amat perlu dicari2,
bukanlah satu kebanggaan ingin dianugerahi,
namun setiap kerahan usaha dan tenaga yang diberi,
bukanlah untuk bekalan sendiri,
bukanlah jua hanya ingin menyelamatkan diri,
namun aku ingin kita bersama2 merasai..
jalan ini....

aku mohon moga ALLAH kuatkan aku di jalan ini,
kerana tiada lagi kemusykilan padanya,
tiada lagi keraguan dan kesangsian,
segalanya jelas, tiada lagi persoalan !!!







No comments:

Post a Comment