Friday 27 February 2009

kemana perginya nikmat itu

Bismillahhirrahmanirrahim...

Benarlah satu ungkapan yang berbunyi

"kita tidak akan menghargai sesuatu itu melainkan kita kehilangannya"


hr ini aku benar2 mengahargai nikmat yang suatu ketika dulu aku selalu lupa dan leka malah mungkin tidak aku syukuri....nikmat makan..entah mengapa seminggu ni aku langsung tiada selera ..bak kata orang mati selera eh..ye la kot...bukan aku sengaja atau bosan dengan makanan, tapi aku betol2 x mampu nak sumbat walau sebutir nasi pun..langsung x lapar,x de keinginan nak makan. even aku memaksa diri aku untuk makan supaya bertenaga, tapi hasilnya mengecewakan..aku juga buntu ape lagi yang patut aku lakukan demi sebutir nasi sampai keperut...betapa aku merasai kehilangan nikmat makan ni...puas aku memujuk diri, puas aku membayangkan masakan yg sedap2, tapi seolah nya tidak jua berhasil..

itulah manusia bila hilang baru rasa ingin menghargai..bila hilang baru tahu mensyukuri, meminta supaya dianugerahi lagi...dan selepas itu kembali melupai...akulah manusia itu !!!

Dan semoga nikmat yang ALLAH tarik seketika ini akan lebih mendekatkan aku pada Nya..akn lebih menjadikan aku hamba yang bersyukur..bukan jadi seperti da terhantuk baru nak terngadah..(btol ke pepatah ni?)...

ingatlah setiapa nikmat yang datang dan pergi adalah ujian..
setiap susah dan senang juga adalah ujian..
setiap baik dan buruk juga ujian...
setiap kecacatan dan kesempurnaan juga ujian..
semoga aku tidak mengeluh di ketika ujian datang bertandang,
semoga ALLAH sentiasa memberikan aku kekuatan mengharungi mehnah dan ujian Nya..
kerana ujian adalah bukti cinta nya ALLAH pada hambaNya...

mengapa perlu resah dan gelisah,
mengapa perlu aku lari dan marah..
biarlah kunjungan kasih sayang ALLAH itu selalu bertandang ..



aku yang redha ALLAH Tuhanku,
Islam agamaku,
Muhammad nabiku,


No comments:

Post a Comment