Tuesday 17 February 2009

^kisah malam ini^

Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..segala pujian untukMu..

Terlalu sibuk dengan urusan dunia yang tak kan pernah ada titik nokhtah ini bukan sahaja memenatkan badan malah hati dan nuraniku terasa haus dan lapar sekali..bagai ingin saja aku merampas segalanya agar bisa aku tuntaskan nafsu ini...

kesibukan dunia yang menutup mataku,melelapkan dan memberikan mimpi indah tidak pernah sekali pun memberi kan aku ketenangan hidup !! malah kadangkala jiwaku merasakan begitu kosong dan kering !! namun alhamdulillah, pertemuan walau hanya beberapa jam hr ini kembali menyedarkan n mengingatkan aku akn tanggungjawab yg perlu dilunaskan..dilangsaikan..yang nanti pasti akan dipersoalkan..

hari ini aku belajar lagi tentang itu dan ini..tentang DIA ,kami dan mereka..dan semakin lama aku berada di jalan ini aku semakin merasai manisnya ia..lebih manis dr madu mahupun halwa..aku menuggu2 saat kami akan bertemu lagi dan aku x ingin kami berpisah..saat bertemu aku amat gembira namun tiba untuk berpisah aku merasakan hiba...kerana aku takut !! dalam kengkangan masa beberapa hari kami x bertemu dan berkongsi ilmu,aku sering merasakn kosong dan down..jiwa ini sepi dan merindukan kalian... takut aku lalai dan leka dengan kehidupan dunia yang mengasyikkan..

aku ingin kongsikan ape yg telah aku pelajari sabtu yg lepas, mengenai penyaksian kita (syahadah). takut dan gusar bermain di fikiran ku memikirkan tentangnya...namun mungkin bukan kali ini aku akan berkongsi dan berceloteh mengenainya kerana mataku hampir2 tertutup keduanya..heheh..insyallah bersua lagi dalam celoteh yg seterusnya !!
terima kasih ALLAH atas pertemuan ukhuwwah ini..

i luv usrati..

No comments:

Post a Comment