Sunday 25 January 2009

3 budak itam !!!!!!!!!..

Inilah muka2 sahahat2 yang aku sayangi...dr kiri nurul jannah shamsuri, norfazlina mohd rahim dan nor shaharina md nor...

sahabatku,
ketahuilah aku benar2 menyayangi kalian,
mungkin aku tidak pernah menunjukkkan rasa kasih itu,
namun, mengerti dan rasailah betapa aku menyayangi kalian seperti diriku..
mungkin dahulu aku mengenali kalian sebagai sahbat, kawan dan teman..
tapi hari ini hanya ALLAH yang tahu apa saja yang ada di hati ini..
aku sendiri tidak sedari kapan waktunya aku berperasaan ini..
tapi aku akur dan akui ALLAH yang menganugerahi perassan kasih sayang ini..

sahabatku,
mungkin aku mengenali kalian,
tapi aku belum mampu mendalami hati kalian,
mungkin aku tahu siapa kalian,
namuan aku belum mampu menjiwai kalian..
mungkin aku hanya seorang teman..
namun aku jua punyai perasaan..


sahabatku,
inilah dari hatiku,
aku yang sering tertanya-tanya...
sudahkah kalian diberitahu ??
sudahkah kalian menerima berita tentang itu ??
pernahkah kalian mendengar ketukan itu ??
pernahkah kalian membalas seruan itu ??

sahabatku,
aku bertanya lagi....
adakah kalian masih bersamaku ?
atau kalian mulai jemu ??
lalu pergi jauh dr hidupku..
aku perlukan kalian,
sebagai inspirasi dan kekuatan,
agar andai aku yang tersalah langkah, kalian perbetulkan...
andai aku terpesong arah, kalian tunjukkan
andai aku terlupa dan leka, kalian ingatkan...
kerna sesungguhnya aku hanya manusia biasa..
juga sama seperti kalian..


sahabatku,
mungkin aku yang bersalah,
mungkin aku yang berdosa,
mungkin aku yang tergesa,
maafkan aku...

sahabatku,
aku tidak ingin kita dipisahkan,
aku tidak rela dipilih kasihkan,
aku tidak sanggup sesiapa keciciran,
aku tidak mahu ada yang ketinggalan,

dengarlah sahabatku,
aku mahu kita beriringan,
berjabat tangan,
menyusun langkah mara kehadapan,
menjadi kuat dan teguh di barisan..

sahabatku,
aku sedih andai suatu hari kita di jalan yang berbeza,
andai suatu ketika kita tidak lagi bersama,
namun aku redha..
itu adalah pilihan dan kehendak kita..
aku pinta dan mohon agar ALLAH satukan hati2 kita ..
agar ALLAH tidak pernah memisahkan kita..
agar ALLAH sentiasa memilih kita..
aku tidak ingin sendirian tanpa kalian..
namun andai itulah jalan yg dipilih...
sesungguhnya aku sentiasa mendokan yang terbaik buat kalian..

sahabatku,
ayuh kita bersama !!!!!!

hanya kerana aku seorang sahabat dan teman...
Norhafizah

tangisan...

Jika seorang wanita menangis
dihadapanmu,
Itu berarti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia
menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang
hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi
dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis
dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang amat dia
sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis
dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Lelaki, jika seorang wanita pernah
menangis karena mu,
Tolong pegang tangannya dengan
pengertian.

Dia adalah orang yang akan tetap
bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki, jika seorang wanita menangis
karenamu.
Tolong jangan menyia-nyiakannya.

Mungkin karena keputusanmu, kau merusak
kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
Saat dia menangis karnamu,

Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang
dirasakannya?

Pikirkan….

Wanita mana lagikah yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Didepanmu dan karenamu……

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan karena dia
menginginkan simpati atau rasa kasihan

Dia menangis,
Karena menangis dengan diam-diam
tidaklah memungkinkan lagi.

Lelaki

Pikirkanlah tentang hal itu

Jika seorang wanita menangisi hatinya
untukmu,
Dan semuanya karena dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah
kau lakukan untuknya,
Hanya kau yang tahu jawabannya….

Pertimbangkanlah

Thursday 22 January 2009

S.U.A.R.A

Suara ku dengar menyeru kepadaNya,
Suara bergema memuji kebesaranNya,
Suara memujuk kita mendekatiNya,
Suara hidayah mengajak mentaatiNya..

Itulah suara yang ku rindui,
Itulah suara yang ku nantikan,
Itulah suara membawa kebenaran,
Itulah suara datangnya dari Tuhan..

Sambut ia, terimalah, bila datang,
Pada kita, kerna ia, hanya datang,
Pada hamba, yang terpilih,
Tidak akan, kau temui,
Untuk kali, keduanya, takkan dapat,
Engkau cari, bila ia, telah pergi..

Syukurilah dan amalkan,
Sampaikanlah pada siapa pun,
Perjuangan dalam hidupmu,
Moga rahmat Allah bersamamu..

Rahmat menjadi wanita islam....



Rahmat menjadi wanita Islam

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada *80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7*tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala*80* tahun ibadat.*
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini.

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua'lam...


Renung-renungkan dan selamat beramal...



Wednesday 21 January 2009

lewat ku sedari..nilai cintamu..

Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku berbicara menyalakan api
Tika kau disampingku tuturmu ku anggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak kuendahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali mengubah yang terjadi
Pasti takkan kuulangi walau hanya sekali
Namun hanya doa yang bisa kukirimkan

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerna kita kan akhirnya sendiri

Sunday 18 January 2009

cuti-cuti yang berlalu terasa manis menikmatinya..benarlah dunia ini memang manis... manis seperti madu..sehingga aku juga lena dan leka kerananya..

"ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan,...(57:20)

Dan cuti yang pernah bermula itu juga kini menemui titik akhirnya..cepat btul masa berlalu...kata pepatah" permulaaan itu satu kemungkinan tapi pengakhirannya satu kepastian" benarlah setiap yang bermula pasti akan ada titik nokhtahnya..umpama hujan yang turun lebat jua akan berhenti akhirnya..begitulah kehidupan..suatu ketika di dalam rahim aku telah ALLAH cipta dan aku juga telah berjanji pada ALLAH kesanggupan ku menghadapi ujian dan mehnah di dunia ini...Ya ALLAH kuatkan aku agar janji2 itu aku kotakan, aku patrikan akhirnya...

Aku tahu bila tarikh,hari, masa dan saat nya aku dilahirkan ke dunia..mungkin aku x pernah mengerti suatu ketika dahulu mengapa tatkala detik itu tiba, semua riang gembira mengucapkan selamat hari lahir, hepy birthday, bg hadiah...aku juga turut gembira walau aku masih x mengerti apakah semua ini?? tapi hari ini segalanya jelas..semua org menantikan tarikh mereka dilahirkan...aku juga begitu bila memahaminya...terasa gembira dan dihargai...tapi di ketika ini, aku sudah tidak ada lagi rasa begitu..bukan bererti tidak gembira, tapi mungkin rasa sedih itu ltelah menutupi segala kegembiraan suatu ketika duli..x mampu lagi aku menyemai rase gembira seperti dahulu..bg itu ya benarlah tarikh itu bermakna dalam hidupku, tapi bukan pada diriku, pada insan yang telah bertarung nyawa demi melahirkan diri ini ke dunia..mungkin rasa sakit itu telah lama hilang tapi aku tidak pernah berkongsi apatah merasai betapa sakitnya mak ketika itu..atau mungkin andai aku bisa berkongsi, mak x kan pernah sekali-kali ingin berkongsi denganku..dan andai ALLAH mengizinkan aku suatu hari nanti melalui semua ini, aku juga tidak pasti mampukah aku??..x dapat aku menjawab sehinggalah aku sendiri melaluinya suatu masa nanti...moga aku diizinkan...tarikh,masa dan hari lahirku dan segala-gala masih tercatat elok di sijil lahirku...20 thn yg lepas aku telah memulakan langkah hidupku di dunia..maka aku pasti akan mengakhirinya jua suatu hari nanti..bezanya kali ini kelahiran aku dapat diramalkan, keluarnya aku dari rahim mak segalanya dicatatkan, tapi bila aku akn meninggalkan dunia ini tiada siapa dapat meramalkan walau aku bertanya kepada prof, doktor atau siape saje.aku pasti x seorg pun punyai jawapannya...kerana itulah aku merasa aku lebih layak untuk tidak bergembira kerana aku tidak kan pernah tahu bilakah berakhirnya hidupku dan bagaimanakah pengakhirannya??

"Dan setiap yang bernyawa akn merasakan mati . Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh,dia beroleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya" (3:185)

cuti ini bakal menutup tirainya, dan semester baru akn bermula esok. kesilapan dan kegagalan masa lalu masih dapat ditebus pada semester ini insyallah.tapi sekali bila aku telah melabuhkan tirai hidupku bilamana ALLAH telah menjemputku sebagai tetamuNya, maka tidak ada lagi peluang ke2 untukku ketika itu..mampukah aku membetulkan segala kesilapan lalu?mampukah aku menutup segala dosa semalam dengan taubat yang tidak kesampaian??

moga aku memilih jalan supaya aku menjadi org yang terpilih di sisiMu


aku yang mengharap....




aku yang dalam dilema..

ALLAH, benarlah janji-janjiMu didalam kitab suci Al-Quran bahawa setiap insan yang KAU ciptakan di dunia ini pastinya ada pasangan..dan benarlah aku akui segalanya..

Aku bukanlah insan yang kuat untuk hidup sendirian Ya ALLAH, bukan juga cukup kuat untuk berdiri sendirian..tapi Ya ALLAH siapalah aku untuk mengizinkan diri ini untuk terus tidak bersendirian tanpa redha Mu? sungguh, aku hanya hamba Mu yang lemah dan tidak berdaya…

dan di ketika ini aku cukup sedar dengan apa yang aku lakukan…cuma kadangkala ia mengundang perasaan serba salah di hati..perlukan aku berperasan begitu?? aku juga x pasti mengapa harus aku begitu…tapi Ya ALLAH aku benar2 yakin dengan Mu..yang KAU lebih tahu apa yang terbaik buat hambaMu..sekalipun hati ini aku miliku namun ENGKAULAH penciptanya..maka KAU lebih tahu apa yang ada jauh di sudut hati ini yang kadangkala aku juga tidak pernah tahu…

aku memohon pada MU Ya ALLAH, KAU aturkanlah yang terbaik buat diriku dan KAU pandulah setiap langkahku agar aku dapat melihat jalan Mu dan agar aku bisa meleraikan kebuntuan ini..

aku yang dilema…

Saturday 17 January 2009

mak. tak nak degil lagi...

Mak, hari ni rase rindu sangat..entahlah mengapa..terasa hiba di hati ini..mahu ada disisimu mak ngan abah seperti dulu2..
teringat plak kisah bila nak datang sini.bila je taw interview telah berjaya, erm tanpa berpikir panjang aku pun terus berhenti dari ukm sehari selepas itu..huhu..kenapalah aku x pikir dulu ek?erm..teruk2..memang x matang betullah..hehe
then bila da quit dari ukm terus call mak, cakap nak angkat barang2 da..omg !! my mom so suprised !!! dia terkejut sangat..banyak kali tanye betul ke ni??..dan berkali-kali juga aku mengatakan yes..yelah mak..anak mak ni manelah main-main tentang hal2 cam ni..ngan my mom memang da masak ngan perangai anak die yang bongsu ni..kalau die nak die buat jugak la..or since die pernah bertekad,insyaallah sedayanya dia akan usahakan jugak..hehe..xtually before nak g interview tu, da niat insyaallah kalau berjaya , i will not take long time to thinking about that..i prayed that, if it is the best one YOU choose for me then, give it to me..and alhamdulillah im very good believing in ALLAH..so bila je dapat tahu da berjaya, maka yakin sangat la dengan sepenuh jiwa yang dis is the best one HE choose for me..ni semua pon aku da pernah cakap kat mak dulu..kalau berjaya dalam interview ni memang aku akn terima that offer..cuma mungkin memeranjatkan mak sebab aku x tanya pon keputusan akhir my mom and my dad..thats why she was so suprised...dan rupa-rupanya mak pernah cakap kat aku dulu sebelum aku datang ke sini, mak kata kalau aku bertanyakan keputusan akhir mak, dia tak benarkan aku ke sini...aku pun agak terkejut dan dalam masa yang sama takut jugak..adakah aku telah membelakangkan mak ?? atau adakah aku terlalu mementingkan diri sendiri?? adakah aku telah tersalah? takut aku tidak mendapat redha mak..tanpa redha mak,tiadalah redha ALLAH...but ALLAH knows everyting..degilnya seorang anak seperti aku ni dianugerahkan dengan seorang ibu yang amat penyabar...terlalu penyabar..patutlah sepanjang tempoh persediaan aku sebelum kesini, mak jarang bertanya atau jarang nak bercakap dengan aku..mungkin kerana kesibukan aku sehingga aku kadangkala terlupa sebentar mak ada disisi ku..mungkin juga mak tidak ingin mengganggu aku dalam kesibukan itu..dan mungkin mak juga menyibukkan dirinya untuk tidak melihat aku dan persiapan..mungkin ingin menutup rasa sedih di hati akan hakikat akan berjauhan dengan anaknya..dan sepanjang tempoh itulah mak agak murung..tidak seperti selalu... dahlulu, aku slalu menemani mak dikala waktu2 mak menjahit,menyikat rambut mak, menyapu bedak dipipi, makan sepinggan malah mak lah yang menemankan aku sehingga aku lena setiap malam, sehingga aku tidak sedar bila mak telah keluar meninggakkan aku sendirian di kamarku, walaupun usiaku bukan lagi muda untuk mendapat layanan seperti itu, tapi mak tidak pernah mengeluh ..tapi sekarang mak slalu bersedih..kenapa mak?? mak tak rela ke nak lepaskan diri ini? bersalahnya aku membuatkan mak bersedih ...mak maafkan lagi ye..maafkan atas kedegilan ank bongsumu ini...kesdihan di hati mak terpancar jua di wajahnya walau aku tahu dia ingin sekali menyembunyikan segalanya dalam hatinya..biar luka yang berdarah ditanggung sendirian, biar parah itu diubatdan dibalut sendirian...
Dan hari ini sekali lagi aku perlu membuat keputusan penting dalam hidup..malah mungkin lebih penting dari sebelum ini..dan kali ini jugalah aku tidak mahu lagi keputusan di tanganku..walau aku tahu aku sudah cukup dewasa untuk menilai dan membuat keputusan..yang mungkin menentukan kebahgiaan ku dunia n akhirat..keputusan kali ini biarlah mak yang putuskan..aku pasrah dan berserah..walau kadangkala aku masih jugak degil seperti dulu tapi kali ini aku mengalah demi seorang wanita yang telah banyak berkorban untuk diri dan hidupku..mak,kali ini ku serahkan pada mak..mak buatlah pilihan..bukan kerana aku buntu @ tiada pilihanku sendiri tapi aku sendiri ingin mak putuskan segalanya...dan walau aku terpaksa aku berdoa agar aku menjadi kuat menghadapi segalanya..dan aku yakin pilihan mak pastinya pilihan terbaik buat diriku...

mak abah ,
tiada kata2 yang dapat aku coretkan disini untuk mengucapkan terima kasih padamu..terima kasih mak kerana mangandungkan, melahirkan,membesarkan, mendidik dengan penuh sabar dan sentiasa mendoakan anakmu ini..terima kasih abah kerana menerahkan tenaga mu demi mengisi perut ini, menghantar ke sekolah, membawa ronda2(tengok lembu) setiap petang,melayan diri ini bermain di taman permainan..

mak abah,
tiada ungkapan yang mampu aku ucapkan betapa aku bahagia mempunyai mak dan abah sepertimu..betapa aku menyayangimu, mengasihimu...
mungkin segalanya tidak dapat aku balas..tapi aku akan sentiasa mendoakn kalian berdua selamat dan berbahgia di dunia akhirat...mendapat syurga disisiNya...aminnnn...

Wednesday 14 January 2009

segenggam tabah...

Pedih rasa hati ini bagaikan ditusuk sembilu melihatkan nasib saudara2 seagamaku yang ditindas, dipijak,dibom dan diperlakukan bagaikan mereka tiada nilainya di bumi ini..mengapakah?berdosakah mereka? apakah mereka layak diperlakukan begitu?apakah tiada pembelaan terhadap mereka?apakah kita akan terus sanggup melihat mereka menjadi mangsa? Demi ALLAH, hati ini terlalu pilu dan hiba dan tidak sanggup lagi melihat segala keperitan mereka..benarlah kata pepatah "berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya"... kita bukanlah orang yang layak diuji begitu kerana kita tidak pernah menjadi sekuat mereka..kuat dan teguh dalam membela dan mempertahankan agama Islam tercinta...aku benar2 kagum akan kecekalan mereka...

mungkin kemenangan itu nampaknya terlalu tipis untuk mereka, tapi lihatlah betapa mereka terlalu yakin akan kemenangan yang ALLAH janjikan..mereka tetap berjuang sehingga ke titisan yang terakhirnya..walau segalanya hilang, terkorban dan digadaikan...selagi nadi masih berdenyut selagi itulah tenaga dikerah demi satu perjuangan..

tidak ditempah hidup sengsara, suratan nasib yang melanda,menogkah badai bergelora diredah bersendirian..kau ubat luka yang berdarah,kau balut hati yang calar...telah tertulis suratan nasibmu ,derita buatmu ada hikmahnya,terlukis senyum di bibir lesu,tak siapa tahu hatimu..walaupun keruh di hulu mungkin jernih di muara...semoga ALLAH membalas pengorbanan kalian...semoga diberi kekuatan dan disatukan hati2 kita semua berada di jalanNya...moga syurga jua ganjaran buat kalian...aminnn

Thursday 8 January 2009

first...

Ini adalah coretan ana yang pertama setelah blog ini menjadi milik ana...ana bukanlah seorang penulis yg kritis dan kreatif tetapi suke2 nak menulis..semoga ALLAH sentiasa memberikan ana ilham dan mencetuskan idea yang bernas yang boleh dicoretkan dan dikongsi di sini seterusnya memberi manfaat pada semua yang membaca...semoga segalanya mendapat redha dari ALLAH..sesungguhnya ana hanyalah seorang hamba yang lemah lagi dhaif yang amat2 memerlukan Nya ..memberikan kekuatan menghadapi hari yang mendatang....

sekian dahulu coretan buat kali ini..