Sunday 8 February 2009

kerana akukah ???

aku merasakan begitu hambar sekali...
entah mengapa..aku juga tidak tahu..
bahkan aku jga tidak ingin begini..
sakit malah begitu mendalam lukanya..
dimanakah kemanisan yang pernah aku kecapi suatu ketika dulu?
tiadakah peluang untuk mereka pula ??

maafkan aku kerana itu..
aku juga kecewa dan sedih,
bagai mahu rebah,
menangis sepuasnya !!!!!
mengenangkan ape yang telah berlaku..

dimanakh silapnya?
dimanakah salahnya ?
sehingga dirasakan terlalu sukar dalam mengorak langkah kearah itu,
tiada gunanya menuding jari manyalahkan org lain,
atau meletakkan beban pada org lain,
sekiranya hati tetap tidak tenang..
inginkan jawapan dan kepastian..

demi ALLAH aku cukup lemah dalam menghadapi semua ini..
tidak tahu bagaimana harus aku perbetulkan segalanya ..
tidak tahu aku dimana serongnya ..dimana beloknya..dimana bengkoknya..

kerana akukah semua ini terjadi ?
kerana akukah mereka tidak merasakan kemanisan itu ?
betapa bersalahnya diri ini tidak menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan..

apakah aku bisa beralasan kelak berhadapan denganNya ??
takut aku segalanya terhenti disini kerana aku..

kusedari,
lari dan berhenti dr jalan ini bukanlah caranya,
aku perlu berdiri teguh memcari kekuatan dan membetulkan yang salah, serong,belok dan bengkok..
manusia manelah yang sempurna ??
justeru, tiada gunanya aku berlari kerana aku tidak akan pernah kan menjadi sempurna...

nah,ape lagi yang ditunggu,mase tidak kan menunggu,tapi terus berlalu..
betulkan niat,cari kekuatan,teguhkan diri, berdirilah dibarisan !!!
aku juga ingin menjadi seperti seorang pejuang kemenangan..kemenangan yg pasti walau aku bukanlah pahlawannya, bukan jua perwiranya..
aku bhgia andai aku digolongan itu dan di barisan pejuang itu !!!!

kuatkan aku ALLAH..

No comments:

Post a Comment