Sunday 18 January 2009

cuti-cuti yang berlalu terasa manis menikmatinya..benarlah dunia ini memang manis... manis seperti madu..sehingga aku juga lena dan leka kerananya..

"ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan,...(57:20)

Dan cuti yang pernah bermula itu juga kini menemui titik akhirnya..cepat btul masa berlalu...kata pepatah" permulaaan itu satu kemungkinan tapi pengakhirannya satu kepastian" benarlah setiap yang bermula pasti akan ada titik nokhtahnya..umpama hujan yang turun lebat jua akan berhenti akhirnya..begitulah kehidupan..suatu ketika di dalam rahim aku telah ALLAH cipta dan aku juga telah berjanji pada ALLAH kesanggupan ku menghadapi ujian dan mehnah di dunia ini...Ya ALLAH kuatkan aku agar janji2 itu aku kotakan, aku patrikan akhirnya...

Aku tahu bila tarikh,hari, masa dan saat nya aku dilahirkan ke dunia..mungkin aku x pernah mengerti suatu ketika dahulu mengapa tatkala detik itu tiba, semua riang gembira mengucapkan selamat hari lahir, hepy birthday, bg hadiah...aku juga turut gembira walau aku masih x mengerti apakah semua ini?? tapi hari ini segalanya jelas..semua org menantikan tarikh mereka dilahirkan...aku juga begitu bila memahaminya...terasa gembira dan dihargai...tapi di ketika ini, aku sudah tidak ada lagi rasa begitu..bukan bererti tidak gembira, tapi mungkin rasa sedih itu ltelah menutupi segala kegembiraan suatu ketika duli..x mampu lagi aku menyemai rase gembira seperti dahulu..bg itu ya benarlah tarikh itu bermakna dalam hidupku, tapi bukan pada diriku, pada insan yang telah bertarung nyawa demi melahirkan diri ini ke dunia..mungkin rasa sakit itu telah lama hilang tapi aku tidak pernah berkongsi apatah merasai betapa sakitnya mak ketika itu..atau mungkin andai aku bisa berkongsi, mak x kan pernah sekali-kali ingin berkongsi denganku..dan andai ALLAH mengizinkan aku suatu hari nanti melalui semua ini, aku juga tidak pasti mampukah aku??..x dapat aku menjawab sehinggalah aku sendiri melaluinya suatu masa nanti...moga aku diizinkan...tarikh,masa dan hari lahirku dan segala-gala masih tercatat elok di sijil lahirku...20 thn yg lepas aku telah memulakan langkah hidupku di dunia..maka aku pasti akan mengakhirinya jua suatu hari nanti..bezanya kali ini kelahiran aku dapat diramalkan, keluarnya aku dari rahim mak segalanya dicatatkan, tapi bila aku akn meninggalkan dunia ini tiada siapa dapat meramalkan walau aku bertanya kepada prof, doktor atau siape saje.aku pasti x seorg pun punyai jawapannya...kerana itulah aku merasa aku lebih layak untuk tidak bergembira kerana aku tidak kan pernah tahu bilakah berakhirnya hidupku dan bagaimanakah pengakhirannya??

"Dan setiap yang bernyawa akn merasakan mati . Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh,dia beroleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya" (3:185)

cuti ini bakal menutup tirainya, dan semester baru akn bermula esok. kesilapan dan kegagalan masa lalu masih dapat ditebus pada semester ini insyallah.tapi sekali bila aku telah melabuhkan tirai hidupku bilamana ALLAH telah menjemputku sebagai tetamuNya, maka tidak ada lagi peluang ke2 untukku ketika itu..mampukah aku membetulkan segala kesilapan lalu?mampukah aku menutup segala dosa semalam dengan taubat yang tidak kesampaian??

moga aku memilih jalan supaya aku menjadi org yang terpilih di sisiMu


aku yang mengharap....




No comments:

Post a Comment