Saturday 7 March 2009

masa..

Bismillahirrahmanirrahim..

Al-maklumlah bisa je bulan march ni, ramai la yang busy, yang ambik degree, master sampailah yang ke phd..dari yang bujang , kawin dan yang mempunyai anak..semuanya sibuk..nak siapkan assignment, presentation, final projet, lab report,research..dan macam2 lah...itulah bila manusia sedang sibuk dengan dunia...sibuk memanjang..bagai duni ini sibuk lah yang empunya..hehe..
Bagi yang sibuk dan banyak keje, sesungguhnya anda sedang ALLAH uji..uji dengan masa, uji dengan kesibukan,uji dengan kepayahan..apepun hanya secebis doa bisa ku pohonkan kepada ALLAH semoga setiap urusan dipermudahkan, setiap detik masa diberkati dan moga ALLAH sentiasa mencukupkan masa anda semua,insyallah..

Tapi bagi aku di ketika ini, kelapangan waktu juga adalah ujian yg x kurang hebatnya..mungkin org tertanya "kenape plak?" baguslah tu x sibuk !! x sibuk pun satu ujian jugak taw..huhu..sentiasa takut bermain dengan mase, sentiasa perlu mengorak langkah dengan bijaksana, sentiasa perlu berhimah dengan kelapangan masa..susah untuk aku mencontrol nikmat masa yg ALLAH kurniakan..susah2 !!!!!! ape x nye, bila kelapangan, macam2 bende pulak la nak dibuat..kalau meningkatkan iman alhamdulillah, tapi kalau sebaliknya nau'zubillah..
kdg2 bertanya pada diri sendiri "nak buat ape?"..seolah2 nya semuanya aku da settlekan sehingga boleh kuar la soalan cepuk mas macam ni..erm...

teringt kata2 ustaz, "manusia yang bijaksana tidak akan pernah berkata tiada kerja atau mempunya masa"... maka tersedar aku dr lamunan seketika, menyedarkan aku betapa aku ni jahil rupenya..pasti ade yang x kene sehingga ade kelapangan masa..sebab tu kadg2 kita tersilap dalam meminta dan memohon kepada ALLAH..selalu kita manusia memohon pada ALLAH agar ALLAH memberikan kita masa yg banyak, umur yang panjang ,rezki yg melimpah ruah, tapi kita terlupe memohon keberkatan di setiap permintaan kita..adalah lebih baik kita meminta pada ALLAH agar memberkati masa, usia dan rezki yg ALLAH kurniakan. APelah ade pada kuantiti, kalau kualiti tidak setanding kuantiti ??

dan satu yg juga ingin dikongsikan bersama, sebagai mengingati diri sendiri dan sesiapa sahaja,jika inginkan kebahgiaan,kejayaan dan kesejahteraan diri sendiri, jangan pernah lupa mendoakan orang lain disekeliling kita..setiap permohonan yg baik untuk kita kepada ALLAH susulilah semuanya untuk org lain juga (ibu bapa, keluarga, sahabat handai,jiran tetangga,guru atau sesiapa saja)..mengapa ??..pernah dengar x? " jika kita mendoakan keburukan dan kecelakaan untuk org lain ALLAH akan dahulu memberikan kepada kita "..so it goes the same thing pada kebaikkan ..jika kita mendoakan kebaikkan org lain, tidak mustahil ALLAH akan menggandakan lagi kebaikkan untuk kita kelak..kapan waktunya ?..hanya ALLAH yang tahu...wa'allah hu a'lam..

ALLAH, mohon keberkatan masa





2 comments:

  1. huhu..

    doakan diriku jua yaa~

    ReplyDelete
  2. hurm... juga mencari-cari keberkatan masa.. =(

    ReplyDelete