Monday, 16 March 2009

menggenggam janji cinta ini...

ALhamdulillah..da masuk pertengahn March pun..x sedar pun masa berlalu..mungkin kerana kesibukan, terlalai seketika dengan masa yg berlalu..sekarang da semakin sibuk..sibuk2..apepun aku lebih sukakan sibuk seperti sekarang ni berbanding terlalu lapang..sekurang2nya masaku dimanfaatkan sebaiknya,insyallah..

da lama jugak aku tak mencoret dan meluah rasa hatiku disini..entahla..agak terlupe seketika..
dan hari ini aku penat sangat2..mengantuk..dan letih la..tapi x tahu mengapa seolahnya aku ingin benar nak mencoretkan sepatah dua kata hr ini..

terlalu sibuk , terlalu banyak keje, masalah..huhu..xpelah..moga2 semuanya memberi kebaikan dan mematangkan fikiran..Indeed, HE know every single things...

sebenarnya nak bg tau betapa aku da x sabar nak balik m'sia..hehe..gumbira nye la..penat menghitung hari dan detik yg berlalu..lagi dihitung terasa semakin lame..lebih baik x yah dihitung..tup tup da nak balik da..hehe..



Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci
Lukisan dua jiwa menjadi satu

Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri

Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita Hinggalah ke akhirnya
kau kusanjung kerna pengorbanan
bagai puteri di kayangan
kau hembuskan nafas semangat penawar hati

Norhafizah

Saturday, 7 March 2009

masa..

Bismillahirrahmanirrahim..

Al-maklumlah bisa je bulan march ni, ramai la yang busy, yang ambik degree, master sampailah yang ke phd..dari yang bujang , kawin dan yang mempunyai anak..semuanya sibuk..nak siapkan assignment, presentation, final projet, lab report,research..dan macam2 lah...itulah bila manusia sedang sibuk dengan dunia...sibuk memanjang..bagai duni ini sibuk lah yang empunya..hehe..
Bagi yang sibuk dan banyak keje, sesungguhnya anda sedang ALLAH uji..uji dengan masa, uji dengan kesibukan,uji dengan kepayahan..apepun hanya secebis doa bisa ku pohonkan kepada ALLAH semoga setiap urusan dipermudahkan, setiap detik masa diberkati dan moga ALLAH sentiasa mencukupkan masa anda semua,insyallah..

Tapi bagi aku di ketika ini, kelapangan waktu juga adalah ujian yg x kurang hebatnya..mungkin org tertanya "kenape plak?" baguslah tu x sibuk !! x sibuk pun satu ujian jugak taw..huhu..sentiasa takut bermain dengan mase, sentiasa perlu mengorak langkah dengan bijaksana, sentiasa perlu berhimah dengan kelapangan masa..susah untuk aku mencontrol nikmat masa yg ALLAH kurniakan..susah2 !!!!!! ape x nye, bila kelapangan, macam2 bende pulak la nak dibuat..kalau meningkatkan iman alhamdulillah, tapi kalau sebaliknya nau'zubillah..
kdg2 bertanya pada diri sendiri "nak buat ape?"..seolah2 nya semuanya aku da settlekan sehingga boleh kuar la soalan cepuk mas macam ni..erm...

teringt kata2 ustaz, "manusia yang bijaksana tidak akan pernah berkata tiada kerja atau mempunya masa"... maka tersedar aku dr lamunan seketika, menyedarkan aku betapa aku ni jahil rupenya..pasti ade yang x kene sehingga ade kelapangan masa..sebab tu kadg2 kita tersilap dalam meminta dan memohon kepada ALLAH..selalu kita manusia memohon pada ALLAH agar ALLAH memberikan kita masa yg banyak, umur yang panjang ,rezki yg melimpah ruah, tapi kita terlupe memohon keberkatan di setiap permintaan kita..adalah lebih baik kita meminta pada ALLAH agar memberkati masa, usia dan rezki yg ALLAH kurniakan. APelah ade pada kuantiti, kalau kualiti tidak setanding kuantiti ??

dan satu yg juga ingin dikongsikan bersama, sebagai mengingati diri sendiri dan sesiapa sahaja,jika inginkan kebahgiaan,kejayaan dan kesejahteraan diri sendiri, jangan pernah lupa mendoakan orang lain disekeliling kita..setiap permohonan yg baik untuk kita kepada ALLAH susulilah semuanya untuk org lain juga (ibu bapa, keluarga, sahabat handai,jiran tetangga,guru atau sesiapa saja)..mengapa ??..pernah dengar x? " jika kita mendoakan keburukan dan kecelakaan untuk org lain ALLAH akan dahulu memberikan kepada kita "..so it goes the same thing pada kebaikkan ..jika kita mendoakan kebaikkan org lain, tidak mustahil ALLAH akan menggandakan lagi kebaikkan untuk kita kelak..kapan waktunya ?..hanya ALLAH yang tahu...wa'allah hu a'lam..

ALLAH, mohon keberkatan masa