Friday 27 February 2009

kemana perginya nikmat itu

Bismillahhirrahmanirrahim...

Benarlah satu ungkapan yang berbunyi

"kita tidak akan menghargai sesuatu itu melainkan kita kehilangannya"


hr ini aku benar2 mengahargai nikmat yang suatu ketika dulu aku selalu lupa dan leka malah mungkin tidak aku syukuri....nikmat makan..entah mengapa seminggu ni aku langsung tiada selera ..bak kata orang mati selera eh..ye la kot...bukan aku sengaja atau bosan dengan makanan, tapi aku betol2 x mampu nak sumbat walau sebutir nasi pun..langsung x lapar,x de keinginan nak makan. even aku memaksa diri aku untuk makan supaya bertenaga, tapi hasilnya mengecewakan..aku juga buntu ape lagi yang patut aku lakukan demi sebutir nasi sampai keperut...betapa aku merasai kehilangan nikmat makan ni...puas aku memujuk diri, puas aku membayangkan masakan yg sedap2, tapi seolah nya tidak jua berhasil..

itulah manusia bila hilang baru rasa ingin menghargai..bila hilang baru tahu mensyukuri, meminta supaya dianugerahi lagi...dan selepas itu kembali melupai...akulah manusia itu !!!

Dan semoga nikmat yang ALLAH tarik seketika ini akan lebih mendekatkan aku pada Nya..akn lebih menjadikan aku hamba yang bersyukur..bukan jadi seperti da terhantuk baru nak terngadah..(btol ke pepatah ni?)...

ingatlah setiapa nikmat yang datang dan pergi adalah ujian..
setiap susah dan senang juga adalah ujian..
setiap baik dan buruk juga ujian...
setiap kecacatan dan kesempurnaan juga ujian..
semoga aku tidak mengeluh di ketika ujian datang bertandang,
semoga ALLAH sentiasa memberikan aku kekuatan mengharungi mehnah dan ujian Nya..
kerana ujian adalah bukti cinta nya ALLAH pada hambaNya...

mengapa perlu resah dan gelisah,
mengapa perlu aku lari dan marah..
biarlah kunjungan kasih sayang ALLAH itu selalu bertandang ..



aku yang redha ALLAH Tuhanku,
Islam agamaku,
Muhammad nabiku,


Tuesday 17 February 2009

^kisah malam ini^

Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..segala pujian untukMu..

Terlalu sibuk dengan urusan dunia yang tak kan pernah ada titik nokhtah ini bukan sahaja memenatkan badan malah hati dan nuraniku terasa haus dan lapar sekali..bagai ingin saja aku merampas segalanya agar bisa aku tuntaskan nafsu ini...

kesibukan dunia yang menutup mataku,melelapkan dan memberikan mimpi indah tidak pernah sekali pun memberi kan aku ketenangan hidup !! malah kadangkala jiwaku merasakan begitu kosong dan kering !! namun alhamdulillah, pertemuan walau hanya beberapa jam hr ini kembali menyedarkan n mengingatkan aku akn tanggungjawab yg perlu dilunaskan..dilangsaikan..yang nanti pasti akan dipersoalkan..

hari ini aku belajar lagi tentang itu dan ini..tentang DIA ,kami dan mereka..dan semakin lama aku berada di jalan ini aku semakin merasai manisnya ia..lebih manis dr madu mahupun halwa..aku menuggu2 saat kami akan bertemu lagi dan aku x ingin kami berpisah..saat bertemu aku amat gembira namun tiba untuk berpisah aku merasakan hiba...kerana aku takut !! dalam kengkangan masa beberapa hari kami x bertemu dan berkongsi ilmu,aku sering merasakn kosong dan down..jiwa ini sepi dan merindukan kalian... takut aku lalai dan leka dengan kehidupan dunia yang mengasyikkan..

aku ingin kongsikan ape yg telah aku pelajari sabtu yg lepas, mengenai penyaksian kita (syahadah). takut dan gusar bermain di fikiran ku memikirkan tentangnya...namun mungkin bukan kali ini aku akan berkongsi dan berceloteh mengenainya kerana mataku hampir2 tertutup keduanya..heheh..insyallah bersua lagi dalam celoteh yg seterusnya !!
terima kasih ALLAH atas pertemuan ukhuwwah ini..

i luv usrati..

Wednesday 11 February 2009

^doaku ..^

Maksudnya : "Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib. Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini ?. Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini ?. Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya

menghitung hari

salam

tidak tahu dimana harus aku nyatakan betapa aku merindui mak hari ini..btol2..x tertahan rasanya rindu yang melangit tingginya..

sunnguh aku merasakan betapa lambatnya masa berlalu..x sanggup aku menghitung hari2, menunggu setiap detik...bukanlah aku tidak menghargai masa itu..aku tahu masa itu ibarat emas...kadangkala aku juga seakan igini waktu berhenti seketika supaya semua urusan dapat aku ungsaikan...tapi inilah sunnatullah.. masa tidak kan pernah berhenti..sentiasa bergerak walau kita selalu lupe dan leka..lupe menghargainya..

rindu sangat2 la kat mak !!!!!!!!
nak balik !!!!!

Monday 9 February 2009

^hari ini...^

salam..
entah mengapa hari ini semuanya serba x kene...btol2 menguji kesabaran aku..mungkin ini adalah tarbiyyah dr ALLAH supaya aku menjadi lebih sabar dan tabah menghadapi dugaan dan rintangan ..alhamdulillah hr ni pun bakal menutup tirai..dari siang aku berdoa agar ceptalah hr ini berlalu..fobia untuk bergerak atau melakukan ape jua..semuanya serba x kene..bukan setakat hati sakit,badan pun sakit jugaks...

segalanya bermula seawal pagi tadi..selalunya x la bangan awal sangat..tapi pagi tadi i got bad dream,then make it me cant further continue to sleep..takut nak sambung tido, tak sanggup bermimpikan "itu" lagi..keranan mimpi itu aku menjadi takut dan lemah menyusun langkah..seolah2 masih dibayangi sejuta satu yg buruk bakal menimpa..hati menjadi risau,gundah dan resah ..namun langkah tetap aku teruskan demi satu perjuangan...

dengan langkah yang lemah,longlai dan x bermaya aku mulakan hariku seolah2 jiwaku mati seketika...dan belum pun sempat aku menjejaki kaki di unis, x sangka2 aku terjatuh dek kerana mengejar bas..yelah keadaan jalan yg licin..selama ini aku cukup berhati2 dalam mengorak langkahku..namun hr ini aku tumpas jua..aku tidak tahu dimana silapnya, seolah2 aku sendiri merelakan diriku menyembah bumi..mungkin ini tandanya ALLAH ingin mengingatkan aku, aku hanyalah seorang hamba di bumiNya..semoga sakit ini menghapuskan dosaku. .walaupun seluar sangat basah,namun aku tetap jugak naik bas dan masuk lab seperti biasa..pastinya x selesa..tapi apakan daya rumah yg di hazel faram tu jauh berbatu2..huhu..dan classmate perasan and give very good suggestion.."why not u take off ur trousers ?? u will be more comfort"...omg!! it was a crazy thing..

dan sepanjang di lab macam2 yg berlaku...juga serba x kena..termometer pecah, merkuri plak da kuar, vacuum luper nak bukak...mess everything..almost give up !! dan yang x tahan ley plak isolate water by water..pelik2..pelah yg nak diisolatekan kalau kedua2nya air...really unlogic..but i never realize that until demonstrator give a sign "whats the point of ur isolation? I cant see the double layer"..aku pun jawab dgn confidently, "this is water"..he said "both?"..ahha..aku membalas semula...betapa aku sangat cerdik sekali waktu itu !! manakan ade manusia yg mengasingkan airdengan air dan sehingga bile pun aku x kan berjaya !!..die menggelengkan kepala sambil tersenyum ..aku malu x tertahan rasenyer...merah muka aku..aku dapat rasakan kehangatan mukaku..kalau pagi tadi kakiku basah kerana jatuh, tapi sekarang dalam lab muka aku plak bermandikan air paip..sabar je !! x semena2 paip yg dipasang oleh demonstrator tu terbukak n dengan pressure yg tinggi laju datang kerah muka aku ni..ape2 saje ujian hr ini ..hanya ALLAH yg tahu hikmah disebaliknya..

before the end of the exp, kitaorg clean up all the stuff, make everytin clear !! sepanjang hari aku berdoa cukuplah ALLAH, jangan KAU uji aku lagi hr ini..aku sudah cukup lemah !! namun rupenye masih belum berakhir juga..kalkulator pulak da hilang..selalu je ade org terambil..aku rase name aku da cukup unik sekali dalam kls tu..x de nyer mirip2 ngan name org lain, tapi asal la nampak name aku same plak ngan name die ??..ish2..sabar jelah..puas aku cari satu lab,x de pun..tapi alhamdulillah akhirnya jumpe gak ngan sorang ni..xpela..die x sengaja..nak marah pun x gune..tapi panas gak la xtually..hehe

time nak balik da nih..aku menjadi semakin berhati2 setelah banyak yg menimpa aku hr ni...tapi ALLAH lebih tahu segalanya..dalam hati2 tu rupenye aku masih lalai jugak..da sampai nak tunggu bas kat bus stop,bus passing plak x de..omg !! sabar jelah..dalam lab coat la pulak...rase nak nangis je..da la hujan..nak kejar bas lagi..aku x ingin ulangi sejarah pagi tadi..huhu..cukupla datang ngan suar basah..balik janganla basah lagi...dengan redha aku kembali semula ke lab dn dapatkan bus passing..

sesampainya dirumah, aku harap segalanya berakhir...namun ape jua yg datang padaku adalah kurnian ILAHI, apelah sangat setakat diuji begitu sudah mahu marah dan melenting ..sedangkan lebih ramai diuji dengan lebih teruk...

ALLAH,
moga setiap yang KAU berikan kepadaku akan lebih mendekatkan aku pada Mu,
semoga inilah tarbiyyah dariMu untukku yg bergelar seorang hamba,
dengan rahmat dan kasih sayangmu, insyallah..


"Sesungguhnya siapa yang AKU sayangi pasti akan AKU uji"

" ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupnya..." (2:286)

hamba yang kerdil,
^aku^

Sunday 8 February 2009

kerana akukah ???

aku merasakan begitu hambar sekali...
entah mengapa..aku juga tidak tahu..
bahkan aku jga tidak ingin begini..
sakit malah begitu mendalam lukanya..
dimanakah kemanisan yang pernah aku kecapi suatu ketika dulu?
tiadakah peluang untuk mereka pula ??

maafkan aku kerana itu..
aku juga kecewa dan sedih,
bagai mahu rebah,
menangis sepuasnya !!!!!
mengenangkan ape yang telah berlaku..

dimanakh silapnya?
dimanakah salahnya ?
sehingga dirasakan terlalu sukar dalam mengorak langkah kearah itu,
tiada gunanya menuding jari manyalahkan org lain,
atau meletakkan beban pada org lain,
sekiranya hati tetap tidak tenang..
inginkan jawapan dan kepastian..

demi ALLAH aku cukup lemah dalam menghadapi semua ini..
tidak tahu bagaimana harus aku perbetulkan segalanya ..
tidak tahu aku dimana serongnya ..dimana beloknya..dimana bengkoknya..

kerana akukah semua ini terjadi ?
kerana akukah mereka tidak merasakan kemanisan itu ?
betapa bersalahnya diri ini tidak menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan..

apakah aku bisa beralasan kelak berhadapan denganNya ??
takut aku segalanya terhenti disini kerana aku..

kusedari,
lari dan berhenti dr jalan ini bukanlah caranya,
aku perlu berdiri teguh memcari kekuatan dan membetulkan yang salah, serong,belok dan bengkok..
manusia manelah yang sempurna ??
justeru, tiada gunanya aku berlari kerana aku tidak akan pernah kan menjadi sempurna...

nah,ape lagi yang ditunggu,mase tidak kan menunggu,tapi terus berlalu..
betulkan niat,cari kekuatan,teguhkan diri, berdirilah dibarisan !!!
aku juga ingin menjadi seperti seorang pejuang kemenangan..kemenangan yg pasti walau aku bukanlah pahlawannya, bukan jua perwiranya..
aku bhgia andai aku digolongan itu dan di barisan pejuang itu !!!!

kuatkan aku ALLAH..

jalan ini jalan kita ..

Bismillahhirrahmanirrahim...


apalah ertinya perjuangan kalau tiada mehnah dan ujian ??
apelah ertinya kehidupan andai tiada titik permulaan ??
apalah ertinya sebuah tangisan dan kesedihan ??
hanya kerana ia sebuah JALAN...

tapi mengapakah aku tidak...
bangkit dan pertahankan ??
berdiri dan tegakkan ??
bina dan teguhkan ??
susun dan kemaskan ??

sejak dulu aku ketahui,
dan sehingga hari ini aku masih sedari,
jalan ini pasti susah dan sukar disusuri,
pasti aku akan sering diuji,
aku akui aku bukanlah orang yang kuat untuk ini,
dan kadangkala aku jua ingin mengundur diri,
menjadi seperti dulu...sebelum Kau aku kenali..

jalan ini tidak pernah membutuhkan aku,
jalan ini akan tetap teguh tanpa aku,
jalan ini akan tetap kukuh ,
jalan ini akan tetap begitu...
walau dimana dan siapapun aku..

hari ini aku di medan,
aku jua rasai erti pahit peperangan,
pedih aku kerana ditewaskan,
sakit aku kerana dikalahkan,
aku inginkan kekuatan..
supaya aku beroleh kemenangan..

namun aku pelajari,
bukanlah kemenangan yang amat perlu dicari2,
bukanlah satu kebanggaan ingin dianugerahi,
namun setiap kerahan usaha dan tenaga yang diberi,
bukanlah untuk bekalan sendiri,
bukanlah jua hanya ingin menyelamatkan diri,
namun aku ingin kita bersama2 merasai..
jalan ini....

aku mohon moga ALLAH kuatkan aku di jalan ini,
kerana tiada lagi kemusykilan padanya,
tiada lagi keraguan dan kesangsian,
segalanya jelas, tiada lagi persoalan !!!







Thursday 5 February 2009

rehat sebentar...

curi mase study kejap eh..huhu..sepatutnya da lame kene study..dr semalam lagi x jadi2 nak study..rawasib jahiliyyah masih lagi melekat kuat dan erat dlm diri ni..susah membuangnya jauh dr hidup ini ..kawan2 doakan sy ye..

bukan ape sekadar ingin berkongsi..
hari ni g main netball ngan kawan2..seronok..
walaupun main x proper,hentam je semua rule yg ade..huhu cipta rule sendiri sesuka hati..hha
tapi bukan lah itu yg nak dikongsikan..
main,kalah atau menang bukanlah persoalannya, tapi ikatan dan ukuwwah itu lah yang lebih penting..dan pd diri ini ianya amat penting...

walaupun setibanya disana, terasa sedikit hampa dan kecewa kerana muka2 yang diharapkan untuk same2 menyemai benih2 ukhuwwah ini x kelihatan...dalam hati berkata" mungkin ade kls atu sibuk agaknya"..x mengapalah..
mungkin bukan hari ini ALLAH ingin kita bertemu..mungkin esok lusa..sipakankan tahu ??
namun hati ini x kan pernah jemu mendoakan supaya hati2 kita disatukan dan dikuatkan di jalanNya..aminnn..

"Ya ALLAH Engkau tahu hati-hati ini bersatu telah berkumpul kerana mengasihiMu,bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah berjanji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ALLAH akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati2 ini akan jalanNya yang sebenar.penuhkan hati ini dengan cahaya RABBANI MU yang tidak kunjung malap. lapangkan hati2 ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. hidup suburkan hati2 ini dengan makrifat tentangMu. jika Engkau mentakdirkan mati, matikanlah pemilik hati2 ini sebagai syuhada'dalam perjuangan agamamu.Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong"..



yg sedang2 manantikan snow turun..malas nak p kls sok..haha..full class la sok..wah..(boleh x cam tu?)..
Norhafizah..

Monday 2 February 2009

hanya kerana...

maafkan aku.....
maafkan aku kerana menjauhi,
maafkan aku kerana tidak melayani,
maafkan aku kerana membisu dan mendiamkan diri,
maafkan aku kerana pergi,
andai ditakdirkan aku akan kembali,
suatu hari...

maafkan aku,
hanya kerana kau adalah adam dan bergelar lelaki,
hanya kerana aku adalah hawa dan bergelar bidadari,
hanya kerana kita ingin diredhai,
maka jalan ini yang aku ingini,
aku harap kau mengerti,
dan aku amat pasti kau amat memahami,
kuatkan diri dan teguhkan iman di hati,
demi cinta Nya yang hakiki,
dan demi cinta kita yang abadi....

aku yg lemah,
Norhafizah

kitakah salji itu ????????

Alhamdulillah hari ini sekali lagi ALLAH memberikan kesempatan pada diri ini untuk merasai keseronakan bermain salji..cantik dan indah sekali ..subhanallah !! sekalipun terasa amat sejuk dan terlalu awal untuk aku menyentuh butiran putih salju itu, namun hatiku tetap teruja ingin sekali aku memegangnya....difikirkan apelah ade pada salji itu ?? aku jua pernah merasainya...tetapi itulah hakikatnya walau berkali-kali melihatnya, tidak sekelumit pun ade perasaan jemu padanya...sesungguhnya ciptaan ALLAH itu terlalu unik dan sempurna..moga tidak pernah lekang mengucapkan syukur dan pujian padaNya..

salji putih bersih dan suci ini gugur ke bumi..disambut meriah dan diraikan ..aku perhatikan setiap yang gugur ke bumi... ia masih lagi tidak berhenti sehinggalah di pgi hari..kemudian sehingga matahari terbit dan memancarkan sinarnya..ia masih lagi turun tidak berhenti...dan semakin menebal dan menebal...

aku pasti, sesiapa saja teruja melihatnya..malah mungkin tak tertahan lagi ingin memegangnya apetah lagi bermain dengannya..aku juga begitu..ku gagahi jua diri ini bangun di pagi hari dan memegang ciptaan ALLAH itu....aku bahgia dan gembira..

jika malam semalam aku melihat salji yg putih bersih itu turun memutihi bumi namun malam ini aku menyaksikan pula ia telah pun berhenti dan semakin susut ...mulai mencair dan akhirnya hilang tanpa kusedari lagi...dalam hati berkata " salji da berhenti..x dapat main lagi "..sedikit rase hampa..namun siapalah aku untuk menghalang semua ini ??

kulihat bagaimana salji yg aku pegang di siang harinya tadi kini sudah tiada lagi...berubah menjadi air...dan tatkala ini tiada lagi ianya dihargai..tiada lagi manusia ingin menyentuhnya mahupun bermain dengannya..bahkan manusia akan lari darinya kerana ia bisa saje mengotorkan sesiapa di tempatnya...takutku andai aku menjadi seperti salji...

adakah kite sama seperti salji ??
pastinya tidak kan..tapi sahabat sekalian lihatlah bagaimana pertama kalinya ALLAH meletakkan kita di bumi ini dalam keadaan yg amat bersih dan suci umpama salji jua...
salji bisa berubah fizikalnya malah warna dan sifatnya...manusia jua begitu..
manusia itu bisa saje berubah...
namun begitu salji hanya akn berubah menjadi air dan mengotorkan..x bermanfaat lagi dan x lagi diminati...
manusia ?? adakah manusia jua hanya kan berubah menjadi air seperti salji ?? tentu sekali tidak..
manusia bisa menjadi ape jua dengan kehendakNya...pilihan di tangan kita disamping tidak jemu memohon dan meminta pada Nya...
moga kita tidak hanya menjadi seperti salji..hadirnya diraikan tapi perginya tiada siapa peduli...

aku yang dalam kealpaan selalu,
Norhafizah

Sunday 1 February 2009

kesan2 marah

Kesan-kesan Marah Dalam Tindakan Orang Marah.

Kebanyakan ulama Fiqh berpendapat bahawa orang yang marah dipertanggungjawabkan segala perbuatannya semasa dia marah, dan diambil kira apa-apa saja perbuatan yang lahir daripadanya, seperti perbuatan yang menyebabkannya menjadi kafir, membunuh orang, mengambil harta orang lain tanpa hak, talak dan sebagainya. Mereka berhujjah dengan bersandarkan kepada beberapa dalil, di antaranya:

Hadith Khaulah binti Tha‘labah, isteri kepada Aus bin Ash-Shamit ada menyebutkan: “Suaminya telah marah lalu dia menzhiharkannya, maka dia (Khaulah) pun pergi berjumpa Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam lalu memberitahu kepada Baginda perkara itu dan berkata:

“Dia tidak bermaksud untuk menthalaqku”.

Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Aku tidak tahu melainkan engkau sebenarnya telah menjadi haram ke atasnya”.

Di dalam hadith ini Allah telah menjadikan thalaq sebagai zhihar, dan thalaq itu jatuh walaupun diucapkan dalam keadaan marah. Akan tetapi jika seseorang itu marah sehingga dia pitam maka tidak berlaku thalaq kerana hilang akalnya. Dalam keadaan ini dia menyerupai orang gila yang mana tidak jatuh thalaq yang lahir dari seorang gila.

Oleh yang demikian, sekiranya seorang manusia yang berada dalam keadaan marah merosakkan sesuatu yang berharga kepunyaan orang lain, maka harta tersebut berada di bawah jaminannya dan dia hendaklah membayar ganti rugi hasil daripada perbuatannya itu. Lain-lain contoh di antaranya:

· Sekiranya dia membunuh seseorang dengan sengaja, maka dia dikenakan qishash.

· Sekiranya dia melafadzkan lafadz kekufuran, maka dia dihukum murtad sehinggalah dia bertaubat.

· Sekiranya dia bersumpah untuk melakukan sesuatu, maka sumpahnya mestilah dilaksanakan (sah sumpahnya).

· Sekiranya dia menthalaq isterinya, maka jatuh thalaqnya itu.

Menahan Diri Daripada Marah.

Seorang ulama fiqh, Nur bin Muhammad berkata: Seorang muslim hendaklah bersifat lemah lembut dan sabar kerana ia adalah salah satu sifat orang-orang bertaqwa. Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah memuji orang-orang yang bersifat lemah lembut dengan firmanNya yang tafsirnya :

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)”.

(Surah Asy-Syura: 43)

Ayat ini memberi maksud bahawa orang-orang yang sabar di atas kezaliman yang dilakukan ke atasnya dan dia memaafkan orang yang menzaliminya itu akan mendapat pahala dan ganjaran yang amat besar daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga telah memerintahkan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam supaya bersifat sabar dan lemah lembut dan Allah mengkhabarkan kepada Baginda bahawa nabi-nabi yang terdahulu sebelum Baginda adalah orang-orang yang memiliki sifat demikian. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman yang tafsirnya :

“(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad), maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya rasul-rasul (Ulul-Azmi) dari kalangan rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu)”.

(Surah al-Ahqaaf: 35)

Dalam ayat ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah memerintahkan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam supaya bersifat sabar di atas pembohongan orang-orang kafir dan di atas penyiksaan mereka sebagaimana bersabarnya para nabi sebelum Baginda.

Sementara itu ada hadith-hadith Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menyebutkan tentang kelebihan orang-orang yang dapat menahan kemarahannya, di antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah”.

(Hadith riwayat Al-Bukhari)

Di dalam hadith yang lain ada menyebutkan yang maksudnya :

Sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Berpesanlah kepadaku”. Nabi bersabda: “Jangan marah!”. Kemudian orang tadi mengulangi lagi, lalu Baginda menjawab: “Jangan marah!”.

(Hadith riwayat Al-Bukhari)

Wahab bin Munabbih menceritakan bahawa syaitan mahu menyesatkan seorang ahli ibadat Bani Israel, akan tetapi syaitan itu tidak berjaya. Pada satu hari ahli ibadat ini keluar dari rumahnya kerana sesuatu keperluan. Lalu syaitan pun keluar bersamanya agar dia dapat peluang untuk menyesatkannya. Syaitan berusaha menyesatkannya dalam bentuk godaan syahwat dengan cara membuatnya marah, tetapi tidak berjaya lalu dia mencuba lagi dengan cara menakut-nakutkannya iaitu dengan menggugurkan batu dari bukit. Apabila batu itu hampir mengenai ahli ibadat itu, dia pun berzikir mengingati Allah, lalu batu itu pun menyingkir daripadanya. Kemudian syaitan menjelma menjadi singa, lalu ahli ibadat itu berzikir mengingati Allah dan dia tidak takut kepada binatang buas itu. Kemudian syaitan menjelma pula menjadi ular ketika ahli ibadat itu sedang sembahyang. Ular itu melilit kaki dan badannya sehingga ke kepalanya. Apabila ahli ibadat itu hendak sujud, ular itu berlingkar di mukanya dan apabila dia hendak meletakkan kepalanya untuk sujud, ular itu membuka mulutnya untuk menelan kepalanya. Lalu ahli ibadat itu pun miring ke tempat lain untuk membolehkannya sujud. Apabila ahli ibadat itu selesai sembahyang dan beredar dari tempatnya, maka syaitan menemuinya dan berkata:

“Aku telah melakukan itu dan ini tapi aku tidak berjaya memperdayakanmu, maka mulai sekarang aku mahu menjadi sahabatmu dan aku tidak akan menyesatkanmu”.

Maka ahli ibadat pun menjawab:

“Sebagaimana aku tidak mahu bersahabat denganmu semasa engkau menakut-nakutkan aku, begitu jugalah hari ini aku tidak ingin bersahabat denganmu”.

Lalu syaitan pun berkata:

“Tidakkah engkau mahu bertanya kepadaku tentang keadaan ahli keluargamu sesudahmu?”.

Ahli ibadat menjawab:

“Aku telah mati sebelum mereka”.

Kemudian syaitan berkata:

“Tidakkah engkau mahu bertanya padaku tentang bagaimana cara aku menyesatkan anak-anak Adam?”.

Ahli ibadat menjawab:

“Ya, khabarkanlah tentang cara bagaimana engkau menyesatkan anak-anak Adam”.

Syaitan berkata:

“Dengan tiga perkara: Bakhil, marah dan mabuk.

· Sesungguhnya seseorang manusia itu jika bakhil, aku sedikitkan hartanya pada pandangan matanya, maka dengan cara ini akan menahannya dari mengeluarkan hak-hak yang wajib dikeluarkannya dan menjadikannya suka kepada harta orang lain.

· Jika seseorang itu marah, kami akan memutar-mutarkannya di antara sesama kami sebagaimana seorang kanak-kanak memutar-mutarkan bola di antara sesama mereka. Meskipun dia boleh menghidupkan orang mati dengan doanya nescaya kami tidak akan berputus asa daripada menggodanya, sesungguhnya dia dibangunkan dan dihancurkan dengan satu perkataan sahaja.

· Jika dia mabuk kami akan memimpinnya kepada semua kejahatan seperti mana dipimpin seekor kambing melalui telinganya menurut sesuka hati kami.

Hasil daripada cerita ini, syaitan telah memberitahu ahli ibadat itu bahawa orang yang marah sesungguhnya dia berada di tangan syaitan seperti bola berada di tangan kanak-kanak. Jadi syaitan dengan sewenang-wenangnya dapat mempermain-mainkan orang yang sedang marah tadi. Maka disarankanlah pada orang-orang yang marah supaya agar bersabar supaya dia tidak menjadi tawanan syaitan dan supaya tidak hangus amalannya.

Diriwayatkan juga bahawa iblis telah menjumpai Nabi Musa ‘alaihissalam lalu dia berkata:

“Engkau telah dipilih untuk menyampaikan risalah Tuhanmu dan Dia telah bercakap-cakap denganmu, sesungguhnya aku adalah salah satu daripada makhlukNya, aku mahu bertaubat kepada Tuhanmu, maka engkau mohonlah kepadaNya supaya Dia mengampunkanku”.

Nabi Musa pun gembira apabila mendengar permintaan iblis itu, lalu dia pun meminta air kemudian berwudhu dan seterusnya bersembahyang. Kemudian dia berkata:

“Sesungguhnya iblis salah satu daripada makhlukMu memohon keampunan daripadaMu, maka ampunkanlah dia”.

Lalu Allah berfirman kepada nabi Musa:

“Wahai Musa sesungguhnya dia tidak bertaubat”.

Kemudian nabi Musa berkata:

“Wahai Tuhanku memang benar dia mahu bertaubat”.

Maka Allah pun menurunkan wahyu kepada nabi Musa:

“Sesungguhnya Aku mendengar permohonanmu wahai Musa, suruhlah dia (iblis) bersujud di kubur nabi Adam, nescaya aku akan mengampunkannya”.

Maka nabi Musa pun balik dengan gembira dan memberitahu kepada iblis perkara itu. Iblis menjadi marah dan sombong lalu berkata:

“Aku tidak sekali-kali sujud kepadanya semasa dia hidup, adakah patut aku sujud sesudah dia mati! Wahai Musa sesungguhnya engkau mempunyai hak ke atasku dengan pertolongan yang engkau berikan kepadaku, maka aku wasiatkan kepadamu dengan tiga perkara:

“Ingatlah aku ketika melakukan tiga perkara:

· Ingatlah aku ketika engkau marah, sesungguhnya aku berada di dalam hatimu mengikut mengalirnya darah di pembuluh darah

· dan ingatlah aku ketika menemui musuh di dalam pertempuran, sesungguhnya aku ketika seseorang itu menemui musuh, aku akan mengingatkannya kepada isteri, keluarga, harta dan anaknya sehingga dia berpatah balik dari pertempuran

· dan jauhilah dari mendampingi perempuan yang bukan mahram, kerana sesungguhnya aku adalah utusannya kepadamu dan utusanmu kepadanya”.

Adalah diriwayatkan juga daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa: “Apabila pecah gigi depan Baginda semasa perang Uhud, sahabat merasa geram dan kesal dengan keadaan Baginda itu lalu mereka berkata:

“Wahai Rasulullah, jika engkau memohon kepada Allah untuk membalas mereka dan dengan apa yang mereka lakukan ke atasmu, bagaimana pendapatmu?”.

Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya aku tidak diutus untuk menjadi seorang pelaknat, tetapi aku diutus sebagai seorang pendakwah dan pembawa rahmat. Wahai Tuhanku, berikanlah hidayatMu kepada kaumku, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang tidak mengetahui”.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang menahan lidahnya dari menjatuhkan maruah orang-orang Islam, nescaya Allah akan membatalkan kejatuhannya pada hari kiamat, dan sesiapa yang menahan kemarahannya, nescaya Allah akan menghentikan kemurkaanNya kepadanya pada hari kiamat”.


aku marah..aku lemah..

tidak tahu dimana harus aku mulakan coretan kali ini..segalanya bagai masih tercalar merah menyala...entah mengapa..susah untuk aku menghilangkan rasa marah yang bergelojak dalam hati ini...malah sukar amat untuk aku mengawal perasaan amarah ini..jauh disudut hati ini bencikan diri sendiri...tapi aku tidak mampu lari..kerna setiap kali aku melangkah dan cuba berlari, kembali aku menemui..bagaimana harus aku lunaskan semuanya?? bagaimana harus aku berperang dengan suasana ???..yang akhirnya hanya memakan hati dan diri..
telah kucuba kuatkan hati, tapi hasutan syaitan itu juga seakan semakin ghairah menghampiri...
aku bagaikan lemah sekali...cuba berdiri mencari kekuatan dan membina diri..namun aku akui kadangkala aku jatuh malah menyembah bumi..namun alhamdulillah segalanya aku kembalikan kepadaNya..sesungguhnya dia lebih mengetahui..

itulah kelemahan diri ini yang amat sukar ditepis, susah dan payah ditangkis...
bertanya pada diri..apelah ada pada marah??..kepuasan?? keseronokan ??
tidak satu pun !!!!!!
namun mengapa diri masih mengulangi disaat suatu ketika pernah berjanji untuk tidak lagi ??..lemahnya aku ...diuji sekecil ini sudah mahu rebah dan mengalah...

ALLAH kuatkanlah aku...aku tidak mahu lagi menjadi hamba yang lemah..
kerna setiap kali marah..setiap kali itulah air mata begitu begitu mudah berjujuran membasahi pipi...dan setiap kali itulah aku menjadi lemah ....namun apelah ertinya satu penyesalan andai tidak pernah diambil pengajaran ??


lemah dalam amarah ,
aku..